CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, October 19, 2008

cinta........

Ø Cinta Sejati itu tidak buta. Cinta itu dikurniakan kepada makhluk yang berakal. Kerana cinta memerlukan akal bagi menilainya dari sudut mutu etikanya.
Cinta itu bukanlah segala-galanya. Walaupun ia penting dalam hidup, iman yang lebih penting dari cinta. Dengan adanya iman, barulah anda boleh mencintai dengan Cinta Sejati.

Ø Cinta juga perlu kpd akal kerana cinta tergolong kepada hal nafsu.

Ø Cinta perlu kepada pedoman atau peraturan. Tanpa pedoman, cinta akan buta dan meraba-raba. Cinta Sejati tidak pernah menolak pedoman dan tidak lupa pada pedoman hidup, iaitu ISLAM.

Ø Cinta itu amanah. Ia bukan hak anda. Sebagaimana halnya dengan diri anda, cinta juga adalah amanah. Tidak wajar untuk anda jadikan amanah untuk memusnahkan atau memungkiri amanahyang lain.

Ø Cinta Sejati itu sifatnya total. Ertinya walaupun anda cinta kepada kekasih anda, ia hanya sebahagian dari cinta yang menyeluruh. Cinta Sejati itu adalah cinta kepada Pencipta anda, cinta pada diri anda, cinta kepada ibubapa anda, cinta kepada masyarakat anda, cinta kepada agama anda, dan dalam masa yang sama cinta kepada kekasih anda. Kerana sifatnya total dan menyeluruh,maka Cinta Sejati akan menjadi adil. Ia meletakkan cinta pada yang berhak untuk dicintai dan setakat mana patut dicintai. Ia tidak melebihkan cinta kepada kekasih saja hinggakan lupa pada cinta yang lain.

Ø Cinta Sejati tidak perlu disebut. Ia khas untuk anda. Ia bukan hak orang lain. Jika anda beri Cinta Sejati, ia tidak semestinya dibalas oleh orang yang anda beri. Tapi anda tidak akan kecewa bila cinta tidak berbalas kerana anda tahu anda bercinta di bawah naungan Pencipta, yang tentu membalas kebaikan terhadap cinta anda yang putih bersih.

the true of love..........

Cinta kepada bunga , bunga akan layu . Cinta kepada makhluk makhluk akan mati . Cinta kepada ALLAH akan kekal selamanya. .

Kita boleh bercinta sesama makhluk iaitu manusia . Tetapi perlulah ada batas batasnya . Kita jangan terlalu ghairah mengejar cinta , kelak kita sendiri akan binasa . Tidak kira walau apa pun yang kita lakukan , mestilah berlandaskan hukum hukum Allah s.w.t . Kita jangan terlalu leka dengan kehendak dan tuntutan dunia , kerana ia akan merugikan diri kita. Kemana jua kita pergi , dimana jua kita berada , setiap saat , setiap waktu , ingatlah ALLAH sentiasa . INGAT . Jangan sesekali kita melupai Allah Taala , kerana buruk padahnya . Diingatkan sekali lagi , bukan penyakit yang datang mencari kita . Tetapi kita yang mencari penyakit . Ia diibaratkan seperti menempah maut , membujur lalu . Jangan kita jadi seperti pepatah orang melayu " RUMAH KATA PERGI , KUBUR KATA MARi, MASIH TAK SEDAR DIRI ".